PENGERTIAN SENI VISUAL
PENGERTIAN SENI VISUAL
PENGERTIAN SENI VISUAL
Seni adalah suatu ciptaan atau atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri ekstetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor :
- keagamaan
- kebudayaan
- ruang
- masa
MAKSUD SENI
- Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil sekali,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah".
- Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".
- Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".
KEINDAHAN
SENI VISUAL
- Visual--bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Kita sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.
- Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.
- unsur seni--ialah garisan,warna,rupa,jalinan,bentuk dan ruang.
- prinsip seni reka ialah harmoni,penegasan,kontra,imbangan, kepelbagaian,irama dan pergerakan serta kesatuan.
- Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis penggunaan media.
- Penghasilan karya seni melibatkan penggunaan:
- Media--bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya,catan menggunakan bahantara atau media cat air untuk penghasilannya.
- Teknik--kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan mengolah media.Berfungsi dalam membentuk dan menghasilkan imej pada karya seni yang dihasilkan.
- Hasil seni visual terbahagi kepada 2 bentuk penghasilan karya iaituhasil ciptaan berbentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
Terimakasih banyak untuk informasinya, sangat mengedukasi sekali!
BalasHapus